Date : 18 DISEMBER 2016
Distance : 21.1 KM (HALF MARATHON)
Location : QUEENSBAY, PENANG
OSIM SUNDOWN MARATHON PENANG
2016 ini merupakan event
official kedua aku sepanjang terbabit dalam aktiviti larian ni dan keempat bagi
sepanjang hidup aku. Pada asalnya pembabitan aku dalam event ni adalah kerana
pengaruh yang dahsyat dari biras aku sendiri iaitu Abang Man@Zarul Umbrella dan
dia juga turut dipengaruhi oleh seorang rakan kami iaitu Azmi dan seterusnya
diikuti oleh seorang rakanku iaitu Bobby. Namun kejadian yang tidak diingini
berlaku. Abg Man tak dapat follow oleh kerana beliau terkena demam denggi dan
tempatnya diganti oleh seekor jembalang bernama Halimi @ Aiman Jate. Kami
bertolak dari Lembah Klang pada dan tiba di Olive Tree Hotel pada jam 2.30
petang untuk collect race kit. Seterusnya kami terus menjamu selera di kedai
berdekatan sebelum check in di Hotel D’Nice yang tidak jauh dari Olive Tree
Hotel. Pada jam 10.00 malam selepas Final AFF Suzuki Cup 2016, kami terus
bergerak ke area Queensbay Mall untuk memulakan larian.
Get well soon Abg Man. Stay strong, stay cool, stay handsome & ready for our next activity!!! |
Sebelum memulakan larian, kami diminta untuk ke
photoshoot session oleh organizer dulu (bunyi macam retis je. Hahaha) dan ambil
beberapa gambar di sekitar garisan permulaan event. Event ini dimulakan dengan acara
Half Marathon (21.1 KM) yang dilepaskan tepat jam 12.01 malam. Seterusnya,
diikuti dengan acara 10 KM pada jam 12.05 malam dan 5 KM pada jam 12.10 malam.
Memandangkan jumlah peserta yang agak ramai dan kehadiran
sebilangan peserta bagi acara 10 KM dan 5 KM di garisan permulaan menyukarkan
kami memulakan larian. Terpaksa tolak menolak la gamaknya. Kami agak lepas 30
saat-1 minit Gun Time barulah kami dapat melepasi garisan permulaan. Aku pun
mulakan langkah yang sangat slow tapi steady. Kalau tak silap aku pace aku masa
tu 7.50 min/km sepanjang 5 KM aku berlari. Mula-mula dapat rentak memang best. Lepas
5 KM aku tengok phone aku nak tengok berapa masa aku catat. Sekali tengok makk
aiii teruk beno masa 5 KM aku. (39 minit 30 saat). Dan sampai di 10 KM masa aku
catat adalah 1 jam 25 minit yang teruk jugak sebenarnya bagi aku. Menyesal tak
pump awal-awal tadi. Lepas melepasi jarak 10 KM aku rasa macam x sedap kat
kaki. Terasa macam nak cramp. Sampai je di 10.5 KM terus aku cramp dan rest
kejap selama 5 minit. Time tu runner-runner lain hanya mampu melihat je la. Lepas
tu aku banyakkan jalan laju je la sampai ke 18 KM. Selepas 18 KM ke garisan
penamat aku rasa macam dah tak mampu nak lari memandangkan terasa sakit yang
amat di keseluruhan lower body dan hanya mampu berjalan slow dan berhenti
seketika beberapa kali. Sampai je kat garisan penamat aku tengok time aku. Mak
aiii x pernah lagi buat Half Marathon masa teruk macam ni. Haishhhhh.
Akhirnya aku sampai di garisan penamat dengan catatan
masa 3 jam 23 minit 23 saat (Gun time) dan berjaya menamatkan larian di tempat
ke 889 dari 979 peserta bagi timing gun time dan official time yang dicatatkan
ialah 3 jam 22 minit 51 saat (889/979).
Berikut adalah catatan masa rasmi bagi Bobby, Halimi
& Azmi
NO.
|
NAMA
|
GUN
TIME
|
OFFICIAL
TIME
|
KEDUDUKAN
GUN TIME
|
KEDUDUKAN
OFFICIAL TIME
|
1
|
Ahmad Halimi Bin Abd Rashid
|
3 jam 10 minit 30
saat
|
3 jam 10 minit 21
saat
|
771/979
|
771/979
|
2
|
Mohamad Azwad Bin Kamarudin
|
3 jam 10 minit 30
saat
|
3 jam 9 minit 49
saat
|
772/979
|
772/979
|
3
|
Noor Azmi Bin Abdul Halim
|
3 jam 32 minit 24
saat
|
3 jam 31 minit 43
saat
|
934/979
|
934/979
|
Selain itu, semasa check out dari hotel kami terserempak
dengan runner yang juga dari Lembah Klang dan lunch bersama mereka. Berikut
adalah senarai catatan masa rasmi yang mereka perolehi:
NO.
|
NAMA
|
GUN
TIME
|
OFFICIAL
TIME
|
KEDUDUKAN
GUN TIME
|
KEDUDUKAN
OFFICIAL TIME
|
1
|
Khoirun Annisyak Subadi
|
2 jam 45 minit 17
saat
|
2 jam 44 minit 18
saat
|
550/979
|
550/979
|
2
|
Norhazrina Binti Mohamad Shari
|
3 jam 13 minit 21
saat
|
3 jam 12 minit 21
saat
|
805/979
|
805/979
|
3
|
Nur Fasha Umaira Binti Shaiful Bahri
|
3 jam 16 minit 19
saat
|
3 jam 15 minit 20
saat
|
841/979
|
841/979
|
Standing the eyes of the word. EHHH!!! Time pun kelaut. Hmmm |
Muka-muka finisher yang pewaiii!!! Dari kiri Abam Monster @ Naz diikuti Abe Mi Rodong, Aiman Jate @ Jin Ifrit, Abam Wicek @ Bobby |
Wajah-wajah pewai semua kat belakang. 3 orang kat depan ni semua power baq ang!!! |
Pengalaman menyertai OSIM
SUNDOWN MARATHON PENANG 2016 ini sangat
berguna buat aku supaya aku lebih bersedia dari segi fizikal dan mental bagi
acara-acara seperti ini. Dan tahun depan jugak masa untuk aku perbaiki catatan masa yang aku buat tahun ni.
Half Marathon
Personal Best : 2 jam 3 minit 42 saat (2008)
Season Best : 3 jam 7 minit (2016)
Insyaallah tahun depan aku target 3 event half marathon:
1) Putrajaya Night Marathon 2017
2) PJ Half Marathon 2017
3) Pahang International Marathon 2017
No comments:
Post a Comment