Line Up : 9 person (JPTFITHIKERS)
Location : Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu
Height : 1053 M
Trip kali ni berbeza sikit dari trip lain. Trip ini merupakan trip pertama kami bersama-sama. Kebanyakannya masih newbie dlm aktiviti hiking ni. Ktorg berkumpul kat Bus Stop KPT,Putrajaya seawal jam 4.20 pagi. Time tu aku & halimi saje yg kelihatan. Dlm 5 minit lps tu, 3 Charlie's Angels (zati,syai&mun) sampai. Sambil tunggu yg 4 org lg, ktorg berborak. Dlm jam 4.45 pg cmtu, sorg lg smpi (kak maton) diikuti 3 org lg teammate (fida,kak ina& zainal). Ktorg gunakan konsep carpool dimana 2 kereta telah dikorbankan.
A. Kereta aku
1. Aku
2. Halimi
3. Zati
4. Mun
5. Syai
B. Kereta Fida
1. Fida
2. Zainal
3. Kak Ina
4. Kak Maton
Ktorg gerak dari KPT dlm jam 4.55 pagi & tiba di Masjid KKB pada jam 6.25 pagi yang terletak berdekatan dgn bangunan umno hulu selangor. Ktorg solat kjap kat situ & lps tu terus gerak ke mamak berdekatan utk breakfast.
Tepat jam 7.30 pagi ktorg bertolak ke kaki Bukit Kutu yang terletak di Kampung Orang Asli Peretak. Masuk utk parking kereta di sini adalah RM1 bg satu kepala tau. Mana ada benda free dlm dunia ni. Haaishhh!!!
Lps kereta diparking & persiapan rapi telah dilakukan, ktorg terus bergerak tepat jam 8.01 pagi. Sepanjang laluan awal ketika mendaki, ktorg telah lalui 2 jambatan besi berkonsepkan jambatan gantung. Kemudian slps melalui jambatan kedua, trek akan dipecahkan kpd 2 jalan iaitu jalan ke lata medang @ makau di sebelah kiri & jalan ke puncak bukit kutu di sebelah kanan. Kemudian trek ke bukit kutu sekali lagi dipecahkan kpd 2 jalan iaitu jalan ke kebun orang asli di sebelah kiri & ke puncak bukit kutu di sebelah kanan. Setelah 5 minit trekking, ktorg lalui sebatang anak sungai yang agak cetek & trek lps tu dipecahkan lagi kpd 2 iaitu ke kebun pak mustape (aku teka je) & sblh kanan ke puncak. Masa tu 4 orang dpn aku (halimi,syai,zati&mun) follow laluan belah kiri secara tak langsung telah ditegur secara sinis oleh seorang penduduk kampung. Hahaha. Aku saje tunggu nak pedajal 4 orang ni.
Salah satu jambatan yang perlu ditempuh semasa pendakian |
Jilake sungguh mereka sambil menggelakkan aku tertinggal di belakang. Nak buang pun x sedap. HAHAHA |
Sambil tunggu aku, diorang sempat bergambo sambil tunjuk muka x penat. Ni kes menganjing ni... GRRRRRRRR |
Untuk kali kedua & ketiganya aku stop kejap sebab aku rasa mata berpinar lagi. Aku tarik nafas panjang-panjang, minum air & teruskan perjalanan jgk. Aku syak aku tak cukup rehat kot. Tapi untuk kali ke 4 aku stop memang aku rasa nak memerot. Abis nasi kandaq aku makan hari sebelum tu kuar (kuning sikit... Keh3). Sampai di CP5 (Bukit Tedung) ktorang stop lama sikit untuk amek gambo. Yela Hari Merdeka kan.. Haruslahh ada bendera MALAYSIA sekali. Lebih kurang 10 minit, ktorg teruskan perjalanan.
Tadaaaaa.... Sambil mengibarkan JALUR GEMILANG mereka menyahut Merdeka, Merdeka, Merdeka!!! |
Setelah meredah belukar, trek mencanak & bermacam-macam lagi, ktorg pun sampai ke kawasan tanah lapang berlalang sebelum sampai ke puncak Bukit Kutu. Kalau tak silap aku dalam jam 11.30 pagi. Ktorg bergambo dulu kat CHIMNEY yang merupakan tapak peninggalan zaman penjajahan BRITISH dahulu. Tak lama lepas tu, ktorg naik ke puncak & mendapati ramai hikers yang masih menunggu untuk panjat Puncak Bukit Kutu yang terdiri daripada batu-batuan besar & hanya boleh memuatkan 4-7 orang pada satu-satu masa. Ktorg pun tgu laa dgn sabonyerrr. Tak lama lepas tu, ktorg berpeluang naik ke puncak untuk amek gmbo. Pemandangan pada masa tu masyaallah. Lawa nak mampoihhhh tapi mungkin sebab cuaca yang kurang baik, viewnya agak terhad. Masa kat puncak tu, ramai di antara ktorg yang terketar-ketar lutut sebab permukaan batu besar yang sangat bahaya & sedikit kesilapan step boleh membawa ktorg ke Syurga (Aminnnn).
Bergambar kejap kat CHIMNEY lama ni!!!! |
Betapa riaknya mereka berada di puncak!!!!! |
Betapa riaknya mereka berada di puncaknya sambil mengibarkan JALUR GEMILANG!!! |
Yang ni takyah cakap. Memang paling riak, takbur & sama waktu dengannya!!!! |
Lepas turun dari puncak berbatu, ktorg teruskan perjalanan ke banglo peninggalan zaman british yang masih mengekalkan keutuhannya sehingga kini. Lepas bergambo kat situ, ktorg teruskan perjalanan turun ke kaki bukit yang memakan masa selama 3 jam. Sambil turun tu, bagi menghilangkan rasa bosan, ktorg pun nyanyi lagu patriotik. Alaaa sekali setahun je patriotik. Pastu layan KPOP pulak especially Kaum Hawa. Aku macam biasa akan jd sweeper & memang bab menurun aku lambat sebab nak jaga lutut kesan kecederaan ACL dulu.
Sila masuk ke teratak kami. Sewa yang ditawarkan sangat murah!!!!! |
Lepas makan ktorg bertolak balik ke KPT & sampai kat KPT dalam jam 9.00 malam. Maka tamat lahhh pengembaraan BUKIT KUTU MERDEKA 2016 ktorg hari tu. Sepanjang trip ni berlangsung, perkara positif yang paling utama yang ktorg pelajari ialah semangat berpasukan & mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara teammate disamping dapat kenal group-group hikers yang lain.
Bergambar bersama-sama group hikers dari Banting yang baru dikenali di sini!!!! |
Pabila PAN bergabung bersama BN!!!! |
Selepas sehari pulang dari Bukit Kutu, ktorang dikejutkan dengan sekeping gambar yang menampakkan sosok tubuh makhlus halus yang tanpa segan silu bergambar bersama ktorg.
Anda nilai lahh sendiri. Kih Kih Kih Kih!!!!!! |
Sebelum berpisah, jom layan short video highlight sepanjang pendakian ni.
SEHINGGA KITA BERJUMPA LAGI DI TRIP AKAN DATANG. INSYAALLAH GUNUNG RAJAH IN THE MAKINGGGG!!!!!!