Wednesday 26 October 2016

GUNUNG TAHAN (via Merapoh)


OKTOBER 2016 : GUNUNG TAHAN (via Merapoh)

Date           :        13-16 Oktober 2016
Line Up     :        11 person + 1 guide (Abang Mail)
Location   :        Gunung Tahan via Merapoh


13 OKTOBER 2016 (KHAMIS)

Trip kali ni menampilkan hampir majoriti muka-muka baru dalam team GEOHIKERS yang terdiri daripada 2 orang pendaki baru iaitu Aizat & Halimi yang baru berjinak-jinak dalam pendakian yang memerlukan masa yang sangat panjang. Kasi can ler. Kami buat konsep carpool yg terdiri daripada 3 group.

1.      Group Putrajaya
          - Man
          - Azmi
          - Fareez
          - Azim

2.      Group Shah Alam
          - Bobby
          - Huda
          - Aizat

3.      Group Putrajaya
          - Naz
          - Halimi
          - Wani
          - Hanna G7

Pada mulanya, masing2 sepakat nak kumpul kat Shell Gombak tapi lokasi berkumpul bertukar sebab Group dari Shah Alam sampai agak lewat oleh kerana diorang pergi ambil baju #TEAMTAHAN dulu kat Meru. Group dari Putrajaya setuju untuk lepak kat mamak kat Sri Gombak sambil borak-borak kosong. Pada mulanya masing-masing simpan punchline / cerita untuk disembur kat atas.  Salah satu kejadian yang tak dapat kami lupakan ialah Hanna kencing ktorg bulat-bulat kata yang dia x pergi dan mintak orang lain menyamar jadi peserta. Pundek sungguh Hanna ni. Hahaha

14 OKTOBER 2016 (JUMAAT)

Tak lama lepas tu, Group dari Shah Alam sampai dan terus ktorg gerak. Rasanya kul 1.20 pagi jugak kami gerak. Perjalanan ke Merapoh memakan masa lebih 4 jam. Nasib la masa tu pilot-pilot telan Nescafe bergelas-gelas taknak bagi mengantuk. On the way ke sana, keadaan jalan agak bersimpang siur dan signboard yang kurang jelas tapi still boleh follow lagi. Akhirnya jam 5.30 pagi kami sampai kat Masjid Kg. Merapoh dan rehat & solat kejap kat sana sambil tunggu siang.

Start kul 7.30 pagi kami bersiap-siap untuk bergerak ke kedai makan terdekat untuk breakfast dan pada kul 7.50 pagi kami tiba di sebuah kedai makan nasi lemak berlauk sambil menghirup air teh/ kopi/ Nescafe 0 supaya taknak bagi terberon masa ontrek.


Sarap dulu!!!





Selamat Datang ke Taman Negara Pahang, Sg. Relau

Kasi keluar barang dulu!!!

Kasi angkat beg satu kali!!!
Lebih kurang jam 10.25 pagi kami bertolak ke Kuala Juram (starting point pendakian) menaiki sebuah 4 wheel drive (lebih dikenali sebagai powil) yang memakan masa selama 30 minit dengan jarak 13 km. Sepanjang perjalanan kami disajikan pemandangan yang sangat indah ditemani kicauan burung dan bunyi haiwan-haiwan yang lain.

Masing-masing tengah declare barang-barang!!!


Kenangan menaiki powil!!!
Setibanya kami di Kuala Juram yang mempunyai ketinggian 309 M, kami mendengar taklimat dari Abg Mail berhubung pendakian. Menurut Abg Mail pendakian pada hari tersebut memakan masa selama 5 jam dengan jarak pendakian sepanjang 13.5 km menuju ke Kem Kor.

Berehat sat makan tengahari di Kuala Luis!!!

Yeayyy sudah sampai di Kem Kor (750 M)

Setibanya kami di sana, kami terus memasang fly sheet dan ground sheet sambil beberapa orang membuat air Teh O bagi menghilangkan dahaga. Selepas itu, beberapa orang teammate mula memasak untuk makan malam dan beberapa teammate yang lain mandi-manda, solat dan berehat. Pada malam tersebut aktiviti agak santai dan beberapa orang teammate sibuk menyediakan sandwich telur  dan nasi berlauk padprik ayam bagi persediaan pendakian yang mencabar pada keesokan harinya.

15 OKTOBER 2016 (SABTU)

Kami bangun dari tidur jam 12.30 tengah malam dan bersiap-siap untuk meneruskan pendakian ke puncak Gunung Tahan. Setelah guide memberikan sepatah kata dua, kami meneruskan pendakian seawal jam 2.10 pagi dipimpin oleh Abg Mail. Sepanjang pendakian, suasana sangat gelap dan sunyi dengan hanya kendengaran hilai tawa kami terutamanya Fareez yang boleh dikatakan Pak Maharajawalak dalam kalangan kami. Setelah 4 jam pendakian, kami tiba di Kem Berlumut untuk solat subuh dan menikmati sarapan pagi. 


Keadaan di Kem Berlumut (1,493 M)


Pada jam 7.05 pagi, kami meneruskan pendakian dan tiba di Kem Bonzai pada 9.30 pagi untuk melepaskan penat sebelum meneruskan pendakian ke Kem Botak.


Chillax kat Kem Bonzai (1,705 M)

Setibanya di Kem Botak pada jam 11.30 tengahari, kami menikmati makan tengahari.





View Route ke Puncak Tahan dari Kem Botak (1,943 M)
Selepas itu, kami meneruskan pendakian ke puncak Gunung Tahan dan AKHIRNYA kami tiba di puncak Gunung Tahan pada jam 12.45 tengahari. Jarak antara Kem Kor ke puncak Gunung Tahan adalah 18.5 km yang memakan masa lebih 10 jam sambil disajikan rintangan pendakian yang sangat mencabar.


Kesemua line dengan muka bongkaknya berjaya menawan Puncak Tahan yang diketuai oleh Abam Keca!!!

Wakil dari #JPTFITHIKERS

Wakil dari Ex Sportrec UiTM


Bersama Abg Mail yang telah berjaya menawan Puncak Tahan sebanyak 431 kali!!!


Setelah melepaskan penat lelah di puncak, kami meneruskan perjalanan turun Kem Kor tepat jam 1.20 petang dan dijangka akan sampai ke Kem Kor pada jam 9.00 malam. Perjalanan turun tidak mudah seperti yang dijangka kerana masing-masing telah “all out” sepanjang pendakian naik ke puncak dan kawasan pendakian yang agak curam menyukarkan kami bergerak pantas.



Semasa geng-geng sweeper berehat di Kem Bonzai kira-kira jam 2.45 petang, salah seorang daripada mereka iaitu Abg Man terbau suatu haruman yang sangat wangi lantas mengajak geng-geng sweeper yang lain beredar dari tempat tersebut.



Lebih kurang macam ni la bau dia. Seram mak!!!



View Puncak Tahan dari Kem Bonzai. Kat sini kami terbau harum menyundal!!!


Setelah 4 jam bergerak, kami berhenti berehat di Kem Berlumut untuk solat Asar/ Zuhur dan terus bergerak ke Kem Kubang untuk berhenti seketika sementara menunggu waktu solat Maghrib. Menurut kata Abg Mail, para pendaki perlu berhenti seketika waktu ini memandangkan peralihan waktu yang mengundang pelbagai kes-kes sesat di kawasan hutan. Sewaktu Nazri mengalunkan azan Maghrib, salah seorang dari ahli Geo Hikers (Huda) ternampak lembaga hitam berada berdekatan dengan Nazri. Yang menjadi tanda tanya, hanya dia sahaja ternampak lembaga hitam tersebut. 

Berehat kejap di Kem Berlumut untuk solat Asar

Jilake sungguh lembaga ni. Ajak solat takmau. (Gambar sekadar hiasan)

Kejadian mistik bersambung di sepanjang perjalanan dari Kem Kubang menuju ke Kem Permatang di mana Halimi ternampak kelibat yang menyerupai Abg Mail menuruni kawasan curam yang sangat bahaya. Mujur Nazri menyedari perkara tersebut lantas menegur Halimi supaya meneruskan perjalanan ke arah yang betul.

Tidak berapa lama perjalanan ke Kem Permatang, kejadian mistik sekali lagi berulang apabila Nazri ternampak lembaga hitam sedang bertenggek di atas kayu tunggul yang berada di kawasan trek menuju ke Kem Permatang. 

Taktau la hantu jenis apa yang bertenggek ni. Nak kata hantu raya, raya dah lepas. HMMMMM (Gambar sekadar hiasan)



Akhirnya pada jam 10.00 malam, kesemua ahli Geo Hikers selamat tiba di Kem Kor. Ada di antaranya membersihkan diri, memasak dan tidur akibat kepewaian yang melampau tahap dewa. Malam tersebut kami dihidangkan dengan nasi impit dan ayam masak merah. Nyum2!!!!


16 OKTOBER 2016 (AHAD)

Rata-rata dari kami bangun dari tidur jam 8.00 pagi sambil beberapa orang kami sibuk memasak Nasi Lemak Cinta Ustaz yang merupakan makanan yang paling marvelous sepanjang trip ini.



Keenakan Nasi Lemak Cinta Ustaz yang tiada tolok bandingannya!!!


Selepas menjamu selera ditemani oleh bau-bauan ahli-ahli Geo Hikers yang menusuk kalbu, kami bersiap-siap untuk turun ke Kuala Juram. Kami bertolak dari Kem Kor pada jam 10.40 pagi. Semasa perjalanan ke Lata Luis, 2 orang dari kami muntah dan tidak bermaya lantas yang sedikit memakan masa. Namun kami masih berpegang pada prinsip “KITA MENANG SAMA-SAMA, KITA KALAH SAMA-SAMA”. Tapi prinsip hanya tinggal prinsip. Hanya geng-geng sweeper yang banyak membantu mereka berdua (ABAM BOMBA I LOVE YOU). Sementara yang lain bergerak pantas ke Kuala Juram. Bukan disebabkan kami pentingkan diri sendiri tetapi kami mengejar masa abam powil oleh kerana powil tidak akan beroperasi selepas jam 6.00 petang. So, kalau lambat mereput lah kau kat Kuala Juram. Akhirnya tepat jam 4.30 petang, kesemua pendaki berjaya sampai ke Kuala Juram selepas penat lelah melawan mental dan fizikal sepanjang trek.


Inilah wajah wira-wira sweeper yang tidak didendang!!!
Gaya beruk Makye Abam Bobby kita!!!





































Kami bergerak ke Pejabat Hutan Sungai Relau pada jam 4.45 petang dan tiba di sana pada jam 5.15 petang. Kami diminta untuk declare barang-barang kami bawa turun sebelum masing-masing membersihkan diri dan solat.

Kami bergerak keluar dari kawasan tersebut pada jam 6.30 petang sebelum mencari kedai makan di sepanjang perjalanan pulang. Akhirnya kami berhenti di sebuah kedai makan di kawasan berdekatan Kuala Lipis untuk makan malam sebelum bergerak ke R&R Gombak untuk berkumpul sebelum masing-masing berpecah.

Maka tamatlah pengembaraan salah satu dari 7 gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Jumpa lagi di trip akan datang!!!